Wednesday, November 2, 2011

Mengurai rindu

Aku menonton drama melayu bertajuk mengurai rindu. Menyentuh perasaan ini dan menusuk hati.. Betapa besarnya keagungan Allah biarpun hanya sebuah drama. Aku terbayangkan di masa tua ku nanti bila tiada orang-orang tersayang disisi mungkin aku juga sebegitu, happy ending yang selalu kita harapkan.
Hanya Allah maha mengetahui segalanya.. Sekarang pun selalu sahaja hujan bila aku sendirian berjauhan dari orang-orang tersayang kerana terlalu rindu...

Sunday, October 23, 2011

umrah

Alhamdulillah, aku berpeluang lagi untuk mengerjakan umrah dan selesai sudah urusan umrahku. Meskipun ramai umat manusia waktu ini di Mekah untuk menunaikan fardhu haji tapi semuanya berjalan dengan lancar.

Insyaallah selepas musim haji nanti aku akan kembali ke mekah lagi. Rasa rindu untuk melihat Kaabah tak pernah padam.

Moga Allah permudahkan segala urusanku, amin.

Thursday, October 20, 2011

Further study

Hari ini aku terima email yang mengatakan aku telah di terima untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Mungkin tak sehebat mana tapi insyaallah ilmu itu sentiasa berguna.

Suamiku juga banyak memberi aku galakan kerana dia faham akan cita-citaku. Alhamdulillah, walaupun kelas akan bermula tahun depan tapi aku rasa seronok untuk belajar semula.

Saturday, October 15, 2011

Heartache

Kali ini aku rasa seperti aku telah membuat keputusan yang salah dengan kembali ke tempat ini. Tempatku sepatutnya bersama suami dan anak-anak tersayang..
Dulu memang rasa gembira berada disini walaupun jauh dari famili kerana gaji yang besar tapi tidak kali ini. Hidup aku disini amat kosong tanpa mereka. Malah hari-hari berlalu bersama kesedihan hati ini. Aku rasa hidup aku sekarang tidak seceria ketika bersama mereka..
Aduhailah hati... Sabarlah....

Tuesday, June 14, 2011

countdown..

yes, finally i got the ticket..
even though still 72 days more to go. i am looking forward for my next vacation..
cant wait to be at home with my hubby, sons and family. miss them so much. i see them almost everyday but only on skype.
this coming vacation i will be able to celebrate eid with my beloved people.
i am counting the days..

Friday, February 4, 2011

rindu...


rindu serindu rindunye.....
i miss them so much...
looking forward for my march vacation...

27 days more...