Alhamdulillah, aku berpeluang lagi untuk mengerjakan umrah dan selesai sudah urusan umrahku. Meskipun ramai umat manusia waktu ini di Mekah untuk menunaikan fardhu haji tapi semuanya berjalan dengan lancar.
Insyaallah selepas musim haji nanti aku akan kembali ke mekah lagi. Rasa rindu untuk melihat Kaabah tak pernah padam.
Moga Allah permudahkan segala urusanku, amin.
Sunday, October 23, 2011
Thursday, October 20, 2011
Further study
Hari ini aku terima email yang mengatakan aku telah di terima untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Mungkin tak sehebat mana tapi insyaallah ilmu itu sentiasa berguna.
Suamiku juga banyak memberi aku galakan kerana dia faham akan cita-citaku. Alhamdulillah, walaupun kelas akan bermula tahun depan tapi aku rasa seronok untuk belajar semula.
Suamiku juga banyak memberi aku galakan kerana dia faham akan cita-citaku. Alhamdulillah, walaupun kelas akan bermula tahun depan tapi aku rasa seronok untuk belajar semula.
Saturday, October 15, 2011
Heartache
Kali ini aku rasa seperti aku telah membuat keputusan yang salah dengan kembali ke tempat ini. Tempatku sepatutnya bersama suami dan anak-anak tersayang..
Dulu memang rasa gembira berada disini walaupun jauh dari famili kerana gaji yang besar tapi tidak kali ini. Hidup aku disini amat kosong tanpa mereka. Malah hari-hari berlalu bersama kesedihan hati ini. Aku rasa hidup aku sekarang tidak seceria ketika bersama mereka..
Aduhailah hati... Sabarlah....

Subscribe to:
Posts (Atom)